Social Media

Bio-Essence Deep Exfoliating Gel


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina suka exfoliate muka Dina dua kali seminggu. Dina memang dari dulu lagi suka exfoliate sebab kulit akan jadi lagi lembut dan bila pakai skin care yang lain memang senang meresap dalam kulit. Pakai solekan pun nampak cantik sahaja di kulit. Ramai orang lebih gemar jangkau bahagian exfoliate sebab malas. Ikut keselesaan masing-masing. Bagi Dina exfoliate itu penting, sebab kadangkala kita ini bukannya tahu jenis kekotoran apa yang ada diwajah kita. Untuk pengetahuan awak, dengan menggunakan pencuci muka sahaja tidak cukup untuk membuang segala kekotoran di muka kita.

Berlebihan exfoliate pun tidak bagus ya. Boleh menyebabkan iritasi kulit. Maksimum kita boleh buat dalam seminggu ialah dua kali sahaja. Produk kegemaran Dina ialah Bio-Essence Deep Exfoliating Gel. Dina memang guna produk ini dari dulu lagi. Tidak pernah tukar. Produk ini mampu tanggalkan kulit mati tanpa ada rasa sakit atau iritasi pada kulit Dina. Dina guna produk ini sebelum cuci muka. Sebab Dina nak pastikan kulit Dina betul bersih selepas cuci muka. 


Tekstur produk ini jel dan bila letak dekat muka memang terasa sejuk sangat. Dina suka guna pada waktu malam diikuti dengan mask dan sebagainya. Dina guna ni lebih tiga bulan juga bertahan sebelum habis. Sebab awak hanya memerlukan kuantiti yang sangat sedikit. Itu pun sudah cukup untuk exfoliate muka awak. Produk ini akan kering dekat wajah selepas semua kulit mati awak sudah tertanggal. Bila basuh sahaja muka, memang terasa lembut sangat. Menarik bukan? Dina ini sejenis manusia yang suka mencuba. Dina kalau rasa tidak puas hati, Dina akan cari sesuatu tu sampai jumpa. Dina pernah terfikir yang mungkin produk ini tipu Dina. Mungkin jel tu yang mengeras menjadi gumpalan seolah-olah kulit mati. Maka, Dina cuba pada wajah Dina walaupun Dina tahu muka Dina baru sahaja exfoliate beberapa hari lepas. Lama juga masa Dina tunggu dia jadi seolah-olah macam kulit mati tu. Tapi tidak juga kering dan cuba teka apa yang mengelupas? KULIT JARI DINA! Memang termenung sejenak memikirkan kebijaksanaan sendiri. But honey, lesson learned. Memang terjawab segala persoalan di minda. Memang kulit mati yang ditanggalkan ya.


Produk ini juga membantu mencerahkan lagi kulit Dina. Segala white heads memang hilang. Harga produk ini agak mahal tapi macam biasa, awak boleh borong ketika promosi. Produk ini awak boleh dapat di Watson atau Guardian.  Kadangkala senang dapat, kadangkala susah. Tapi Dina pasti di online store banyak. Dina beli dalam harga RM79.90. Awak semua pula guna exfoliate apa?

Terima Kasih x

4 comments

  1. Kak ana guna st ives je. Dari zaman belajar sampai sekarang. Hehe.

    ReplyDelete
  2. saya tak guna exfoliate hehe apa2 pun perkongsian pasti bermanfaat kepada pengguna lain

    ReplyDelete
  3. cam best tekstur jenis gel untuk exfoliate berbanding jenis krim.

    ReplyDelete
  4. Oh seminggu dua kali ke? Saya exfoliate seminggu 3 kali ^^'' Mungkin patut kurangkan jadi 2 kot lepas nih huhu.. Saya guna scrub st ives yang coconut coffee tu utk exfoliate. Bau sedapppppp

    ReplyDelete

Instagram

Theme by BD