Social Media

Restriction of Movement Order Routine (RMO)


Assalamualaikum dan hai semua,
Sepanjang RMO (kawalan pergerakan) awak semua buat apa? Bekerja di rumah atau luangkan masa bersama keluarga yang tersayang? Post kali ini Dina akan ceritakan apa yang Dina buat sepanjang beberapa hari RMO. Mungkin awak pun boleh cuba buat apa yang Dina buat? Alang-alang mereka panjangkan RMO ni. Mungkin awak akan dapat serba sedikit idea apa nak buat lagi selepas ini?

Sebelum Dina cerita, Dina nak beritahu atau ingatkan awak semua supaya tolong sentiasa berada di rumah. Jangan lupa kerap basuh tangan dan pakai penutup mulut sekiranya mempunyai gejala seperti batuk dan selsema. Kita mungkin tiada tanda-tanda terkena virus COVID-19, tapi kita tidak tahu sekiranya kita ini adalah carrier atau tidak. Maka, Dina merayu agar awak semua kekal duduk di dalam rumah.


BACA BUKU 


Dina suka baca buku sebab Dina dapat belajar perkataan dan fakta baru. Sebelum ini, kekangan masa yang menjadi masalah untuk Dina habiskan bacaan. Buku yang Dina tengah baca sekarang ialah The Secret Thought of Successful Women. Banyak fakta tentang anxiety dan impostor syndrome. Dina beli buku ni di Big Bad Wolf. Very worth it! Cara Dina baca buku, Dina suka highlight apa yang Dina rasa ayat tu macam menjawab persoalan Dina dan garis perkataan yang Dina rasa baru untuk Dina.

Mungkin awak boleh cuba habiskan buku yang awak tak sempat habis baca? Kalau awak bukan jenis yang suka beli buku tapi nak mula membaca, awak boleh cuba baca e-buku di https://pnm.elib.com.my/ .

NETFLIX ATAU IFLIX


Dina memang suka habiskan masa dengan Netflix. Sebelum RMO lagi Dina memang suka habiskan masa dengan Netflix. Sepanjang RMO, Dina hanya cuba habiskan semua cerita dalam senarai Netflix Dina.  Sekarang Dina tengah tengok Itaewon Class. Sejujurnya Dina kurang suka sebab agak perlahan jalan cerita dia. Dina hampir tertidur tengok. Kalau awak ada cadangan k-drama apa yang menarik, boleh komen dibawah. Kalau Netflix series, Dina tengah tengok Dead to Me. Kalau filem, Dina baru sahaja tengok The Perfect Date.

Kalau awak tiada Netflix, jangan risau. Awak boleh tengok iflix sebab percuma. Kalau nak tengok yang Vip pun, hanya perlu bayar RM10. Dina baru sahaja tengok Dua Garis Biru di iflix secara percuma.





Cerita ni mempunyai jalan cerita yang menarik akan tetapi pengakhiran yang membosankan. Dina tidak tahu Dina perlu rasa apa selepas tengok. Tapi lain orang lain pendapat. Ada yang kata keseluruhan cerita ini menarik. Tidak salah mencuba kan?

CUBA BENDA VIRAL


Dina cuba buat Dalgona Coffee dan Milo. I'm in love with the Dalgona Coffee! Memandangkan susah nak dapat Ice Latte sekarang ni. Maka, Dalgona Coffee dijadikan sebagai pengubat rindu. Sorry, I'm a coffee lover! Dina tengok Dalgona Coffee ini semakin popular di Instagram, Blog dan Twitter. Maka, kenapa tidak kita cuba? Dina guna Nescafe, gula dan juga air panas untuk Dalgona Coffee. Manakala untuk Dalgona Milo, Dina guna Milo, gula, air panas dan juga ovalette. Untuk susu, Dina guna susu kotak Dutch Lady.


Selain daripada itu, Dina ada cuba juga buat uji kaji tentang Sanitizer yang seperti di viralkan. Oh, bukan yang bakar-bakar tangan. Awak, alkohol tu bahan mudah terbakar. Jangan cuba dengan api ya. Bahaya. Uji kaji yang Dina cuba ialah tuang atas resit pembelian dan tengok tulisan dia hilang atau tidak. Jika hilang, sanitizer itu mempunyai alkohol dan sebaliknya.

PLATO


Ini pun rutin Dina bila kawan ajak main. Plato adalah satu aplikasi dimana kita boleh main game bersama rakan. Dina memang dari dulu suka main UNO versi Plato. Di aplikasi itu, kita boleh berkomunikasi melalui ruang berbual (chat) sahaja. Tiada suara atau panggilan video. Ada pelbagai game. Tinggal pilih sahaja.

MENGAJI


Memandangkan kita mempunyai masa lebih ini. Kenapa tidak kita cuba perbanyakkan amalan akhirat juga? Dina cabar diri untuk khatam sebelum raya. Dina terfikir, bila kita diberi peluang ini kenapa kita tidak guna sebaiknya? Insyaallah sebelum raya mungkin Dina sempat khatam lagi sekali. Mungkin awak pun boleh buat juga? Boleh juga memperbanyakkan amalan sunat. Buat siapa yang belum pernah khatam, mungkin ini peluang untuk awak mula membaca dan cuba khatam? Atau mungkin awak tengah baru nak belajar mengenal huruf. Boleh cuba berguru dengan ahli keluarga yang lebih mahir? Mampu merapatkan lagi silaturrahim. Mungkin ibu bapa yang nak berjinak ajar anak-anak tapi selalu tiada masa? Ini peluang awak.

JURNAL


Dina tengah cuba untuk menyayangi diri Dina sekarang. Salah satu cara untuk menyayangi diri kita dan kekal positif ialah dengan mempunyai jurnal. Apa yang Dina tulis dalam jurnal ini mungkin Dina akan kongsikan di post yang lain.

Ini adalah serba sedikit apa yang Dina buat sepanjang RMO ini. Mungkin awak pun boleh cuba? Maaf jika post Dina ini tidak membantu sangat. Tapi ini apa yang Dina buat sepanjang RMO. Tanpa Dina sedar, hari Dina automatik jadi produktif!

Terima Kasih dan jaga diri x



7 comments

  1. I agreed. I've been dying to go home but I am afraid to do so since I've been in a red zone since the very beginning. I don't want to take that risk as I love the people around me.

    ReplyDelete
  2. Asyik jumpa orang buat routine for MCO... my routine is buat assignment dengan FYP memanjang because walaupun covid, FYP perlu diteruskan *sigh* But membaca pun saya buat juga sebab memang hobi membaca. The book that you are reading macam menarik! Saya pun suka dengar motivational speech yg berkait dengan impostor syndrome nih sebab sgt relatable dgn diri saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG! Good luck babe untuk FYP you! Yes, buku tu best. I sendiri tak pernah sedar yang i ada impostor syndrome. Lepas baca memang boleh relate banyak benda.

      Delete
  3. Byk menda boleh Cuba Kan. Masa sampai X cukup sehari

    ReplyDelete
  4. wah menarikk...jom tengok apa lak aktiviti saya! hehehe

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/rmo-saya-origami-3d-panda.html

    ReplyDelete

Instagram

Theme by BD