McDonald Mushroom Cheese Melt Beef Burger


Assalamualaikum dan hai semua,
McD ada burger baru iaitu Mushroom Cheese Melt Beef Burger. Macam biasa, Dina suka cuba benda baru. Masa keluar burger ni, Dina paling teruja sebab Mushroom Cheese Melt Beef Burger ni kegemaran Dina. Dina suka rasa creamy dekat burger tu. Bila dengar McD ada keluarkan burger ni, memang terus nak beli.


Dina biasa makan yang Wendy's punya. Sejak Wendy's dah tutup satu Malaysia ni, Dina masih mencari Mushroom Cheese Melt Beef Burger yang sama sedap dengan Wendy's. Dina dah cuba Burger King Mushroom Swiss Burger dan masih tidak setanding Wendy's.

Benda pertama bila Dina beli Mushroom Cheese Melt Beef Burger ni ialah buka tengok isi dalam. Sepanjang Dina makan Wendy's, Mushroom dia akan meleleh penuh satu bungkusan.


Bila Dina buka sahaja burger McD ni, Dina kecewa. Dia punya Mushroom tu kedekut. Setompok kecil di tengah. Sepanjang Dina makan, Mushroom tu tak terasa sangat pun. Rasa macam makan Cheese Burger kosong. Dina bayar dengan harga (RM 21 sebab delivery) untuk kecewa macam ni.

Bagi Dina, lebih berbaloi makan Mushroom Swiss Burger di Burger King. Lagi puas. Tiba-tiba rasa rindu burger Wendy's. Kalau awak tahu dekat mana Dina boleh dapatkan Mushroom Swiss/Cheese Melt Burger yang sedap, tinggalkan komen dibawah.

 1 / 10

Terima Kasih x

5 comments

  1. Biasa memang macam tu , tak berbaloi dengan harga . Niat hati nak try , tapi dah bertukar jadi first and last . Saya pun kecewa kalau secoit je mushroom dia letak , tak puas kot .

    ReplyDelete
  2. Wahh keluar yang baru lagi. Alamak! Setepek je letak cendawan tu. Memang kecewa kalau dapat macam ni.huhu

    ReplyDelete
  3. Wendys nyeeeee terbaik !!!! xdak pengganti. whyyy Wendys whyyyyyyy kena tutup !!

    ReplyDelete
  4. Baru Tau Wendy's dah tutup.. mama xpenah try lagi burger ni

    ReplyDelete
  5. klu fast food restaurant mmg susah sikit myra nak suggest sbb lagi suka local cafe. tapi tgk mcm ni mmg kecewa tahap gaban

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete