Recreate Blair Waldorf Outfit #1



Assalamualaikum dan hai semua,
Siapa dekat sini suka tengok drama US? Awak suka tengok cerita apa? Antara drama US yang Dina suka ialah Gossip Girl.

Sekiranya awak peminat Gossip Girl, awak pasti kenal Queen B? Dina tertarik dengan pemakaiannya. Sentiasa nampak lembut dan classy. Post kali ini, Dina akan kongsikan pakaian yang lebih kurang seperti Blair Waldorf. Dina akan letak beberapa pilihan untuk Dina jadikan rujukan bila Dina rasa nak ubah gaya pemakaian. Mungkin awak pun bakal terjatuh hati dengan pakaian Queen B? Jangan risau. Harga semua mampu milik.



Kalau awak betul peminat Gossip Girl, pasti awak tahu adegan ini dimana Blair cuba minta nasihat dari Dan Humphrey. Episod 8, musim ke-2 yang bertajuk Pret-a-Poor-J. Gaya ini perlu berani bermain dengan warna yang terang.



DROP SHOULDER BUTTON DOWN BLOUSE

Warna hijau membuat Dina tampak lebih berani dan menonjol.
Sesuai digayakan secara formal mahupun secara kasual.







FLAP POCKET SHIRT

Ini diantara pilihan yang awak boleh gantikan dengan baju diatas. Berlengan panjang dan sesuai dengan gaya muslimah. 






BUTTONED MAXI SKIRT

Kain ini di hiasi butang dan kekal tampak minimalis. Labuh dan sesuai bagi muslimah. Sesuai digayakan dengan pelbagai jenis baju.




Shop Now →




BASIC "A" LINE MINI SKIRT

Kekal minimalis dan feminine.




Shop Now →




Dina tertarik dengan perwatakan Blair yang tidak pernah takut dengan siapa pun dan juga persahabatan dia bersama teman karibnya. Marah macam manapun dekat Serena (rakan karib), tapi kalau Serena perlukan pertolongan. Dia sentiasa ada. 


Queen B sering menggayakan kain dan juga blouse. Temanya sentiasa elegant walaupun dirumah. Queen B juga suka guna outerwear untuk nampak lebih extra.




FRILL PLACKET TOP   

Warna putih boleh digayakan dengan pelbagai warna. Dina suka warna asas macam ni. Sebab mudah digayakan.



Shop Now →



LUMBERJACK CHECK SKIRT  

Corak kotak atau lebih dikenali sebagai Checker Pattern kini menjadi trend semula. Mungkin Dina perlu beli satu.




Shop Now →




PAPER BAG DETAIL SKIRT

Design paper bag kini semakin berleluasa. Macam-macam jenama yang Dina perasan, keluarkan design paper bag ni. Gaya ini sesuai buat awak yang bertudung.


Shop Now →




BLACK GOLD BUTTON CARDIGAN

Cardigan ni seolah-olah pemakaian asas untuk wanita bertudung. Kadang-kadang tu malas nak pakai inner lengan panjang. Cardigan penyelamat. Sarung sahaja. Senang dan cepat.



Shop Now →


Dina harap awak semua pun adalah idea nak bergaya lepas ni. Dina ni memang suka cuci mata tengok baju yang cantik. Almari tu pun dah tak muat nak letak baju walaupun banyak yang dah sedekah. Diantara yang dekat atas ni, awak suka yang mana satu?

Terima kasih x

1 comment

  1. saya suka black gold button cardigan tu. Mungkin easy to wear and of course sesuai untuk perempuan bertudung . Boleh match dengan jeans atau palazo . Eh , tetibe terbayang lebih dah nie . Hahaha , BUTTONED MAXI SKIRT tu pun saya suka . warna yang memikat hati saya dan boleh match dengan mana-mana blouse .

    ReplyDelete