E.l.f. Flawless Finish Foundation


Assalamualaikum dan hai semua,
Jenama elf sangat terkenal di kalangan Beauty Vlogger. Sayangnya jenama ini belum lagi masuk Malaysia. Dina beli ni kirim dekat kawan dari UK dan Australia. Harga dalam RM 37 - RM 45 macam tu. Bergantung pada negara mana kita beli.


Dina jatuh hati dengan e.l.f. Flawless Finish Foundation! Foundation ini datang dalam 49 warna. Tak perlu runsing, warna kulit awak ada ke tidak.

Tekstur produk ini seperti Satin. Dina selalu kering di bahagian keliling mulut disebabkan reaksi bahan kimia terhadap kulit Dina yang sensitif. Masa mula-mula cuba tu, sengaja pakai tanpa Vaselline nak tengok macam mana kulit Dina bertindak balas. Apa yang buat Dina terkejut, kulit Dina elok sahaja. Tiada masalah. Tak perlu Vaselline pun.

Paling menariknya, produk ini Full Coverage! Memang segala kekurangan dekat muka tu tertutup. Dina pakai dari pukul 8 pagi sampai 7 malam, sikit pun tidak jadi cakey mahupun cair.


Botol dia kecil sahaja. Dekat botol tu sendiri, ada tulis seeloknya guna selama 6 bulan sahaja sejak ianya dibuka. Dina beli warna Beige with Pink undertones. Sebab warna Beige dia sama macam warna Ivory untuk produk yang lain.

Produk ni Cruelty-Free. Maknanya, produk ini tidak diuji pada binatang ye. It's a good thing! Sekurang-kurangnya kita tahu, tiada haiwan yang disakiti sepanjang proses pembuatan produk ini.

Produk ini juga datang dalam bentuk pam. Kalau awak baca, post Dina yang lepas mengenai Maybelline 24HR Superstay Foundation . Pasti awak tahu, Dina suka Foundation yang datang dalam bentuk pam berbanding drop atau tuang.


Ini adalah gambar yang Dina post dalam Snapchat. Inilah hasilnya menggunakan e.l.f. Flawless Finish Foundation.

👄 5 / 5


Terima Kasih x

7 comments

  1. pakai foundation yg maybelline, next time boleh try yg Elf ni pula..hehe

    ReplyDelete
  2. mak aih gigihnya sourced the product from oversea! myra paling2 ordered some Fresh products via Cult Beauty. anyway, the finishing looks lovely on your skin.

    www.myrabeautydiary.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dina baru nak cuba beli dekat Cult Beauty

      Delete
  3. mama yan pakai entah jenama apa...tak ingat..hahaha... teruk betul kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. Biasa lah tu. Kita ni pakai mana yang selesa. Kadang-kadang jenama pun tak ingt.

      Delete
  4. Flawless la Dina pakai foundation ni

    ReplyDelete