FAMILY MART BROWN SUGAR BUBBLE MILK


Assalamualaikum dan hai semua,
Sekarang tengah musim Boba. Dina pun tak lepaskan peluang untuk cuba Boba ni dari banyak jenis kedai. Nak tahu juga apa yang sedap sangat. Buat masa sekarang, Dina sudah cuba The Whalet Tea, The Alley, Koi, Gong Cha, Tealive dan Family Mart. Nanti ada masa, Dina akan cuba tulis pendapat Dina untuk setiap Boba Tea tu.

Family Mart ni bukan lagi jenama yang asing. Dina suka Oden di Family Mart. Sedap! Baru-baru ni Family Mart ada tambah menu baru iaitu aiskrim Sea Salt dan juga Brown Sugar Bubble Milk.

Brown Sugar Bubble Milk ni secawan bernilai RM 6.90. Buat siapa yang tidak tahu, Brown Sugar Bubble Milk ni hanya susu dan bebola yang disalut dengan gula perang cair.

Masa mula-mula pesan, Dina terkejut tengok Bubble/Boba dalam minuman ini. Besar sangat. Macam onde-onde. Tapi tekstur dia lebih lembut berbanding kebanyakan Bubble yang Dina pernah cuba.


Minuman ini tidak terlalu manis. Kerana kemanisan itu ada pada awak. Lol jk! Kemanisan gula perang itu terletak pada Bubble tersebut. Dina suka bila gigit je Bubble tu terasa manis.

Bagi Dina Family Mart Brown Sugar Bubble Milk ni, biasa-biasa sahaja. Bukan yang sedap gila. Bubble dia pun tak kenyal. Motif Dina nak Bubble dalam air sebab nak mengunyah. Rasa tak puas bila dapat Bubble yang lembut. Tapi rasa manis pada Bubble tu Dina suka. Kalau Dina nak beli lagi sekali pun, mungkin sebab rasa manis pada Bubble itu sahaja.


 5.5 / 10

Awak pula pernah rasa Boba jenama apa?

Terima kasih x

8 comments

  1. Alamak.. baru Ada ke Ni.. nak try la nanti

    ReplyDelete
  2. I haven't tried this one and probably will not try because I don't like milk. But I read so many reviews saying that this drink is terlampau bersusu. lol. I guess they forgot that it is milk not milk tea etc.

    ReplyDelete
  3. belum pernah try lagi ni ha :-)

    ReplyDelete
  4. Sama, I suka kunyah the bubble too! So far minum chatime and tealive je. Jarang pegi mall and usually tak terasa nak minum apa so tak cari la bubble tea ke apa. but i suka Family Mart so cam menariknya ada bubble drink jugak and still nak try even you bagi score 5.5 je haha.

    ReplyDelete
  5. So far for dah banyak kedai bubble tea jugak saya cuba and my fave has to be from Tiger Sugar. Although rasa macam overpriced cendol but it was really good, plus they use boba instead of pearl so sedap sikit nak kunyah. But this one is a good choice for the cheap side.

    ReplyDelete
  6. Mama Yan lom pernah try lagi....

    ReplyDelete
  7. Owh.. family mart pun ada eh..

    ReplyDelete