IndoBowl Cafe


Assalamualaikum dan hai,
Dina hari ni nak cakap tentang IndoBowl Cafe! Sebenarnya Dina tau kafe ni pun dari blog @Mamapipie . Terliur tengok, maka Dina pun membuat keputusan untuk mencuba.

Dina tertarik dengan menu Mambo Jumbo Seafood Soto dekat situ. Hidangan ini sebenarnya untuk empat orang makan, tapi Dina makan berdua je. Puas juga lah cuba habiskan tu. Untuk satu hidangan Mambo Jumbo Seafood Soto ini berharga RM39.90

Apa yang menarik tentang hidangan ini ialah ayam grill dalam soto. Unik bukan? Segala seafood yang dia letak pun tak kedekut. Banyak! Rasa dia pun sedap. Dina teringin nak rasa yang lain juga, tapi lepas makan soto ni, kenyang sangat. Risau kalau pesan yang lain tak termakan pula. Mungkin bila ada masa nanti, boleh cuba yang lain.


Jumlah yang Dina bayar termasuk air, RM 44.90. Kalau awak berminat untuk baca lebih lanjut tentang kafe ini, boleh tengok dekat @Mamapipie atau @indobowlcafe.

Terima Kasih x.



72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

2 comments

  1. Dah macam dekat kedai little rara but this one murah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke? Dina tak pernah makan situ. Sedap tak?

      Delete