Universal Studios Singapore


Assalamualaikum dan hai,
Hampir sebulan Dina menghilang. Maaf ya. Agak sibuk dengan pelajaran tambah pula dengan musim demam sekarang. Post kali ini ialah tentang Universal Studios Singapore!


Untuk pengetahuan awak, ada tujuh bahagian yang boleh awak lawat sepanjang di Universal Studios Singapore. Antaranya, Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City dan New York. Tempat pertama yang Dina pergi semestinya  Hollywood. Sebab memang masuk-masuk awak akan sampai di Hollywood dulu. Dekat bahagian sini, kebanyakannya hanya kafe dan kedai cenderamata. Jika awak penggemar atau pengumpul barangan seperti Hello Kitty, Minions, Transformers dan banyak lagi, mungkin di sini syurga buat awak? Bahagian sini juga di mana awak dapat bergambar dengan maskot Gru!



Seterusnya, Dina mula dari kanan iaitu New York. Aktiviti yang pertama Dina cuba ialah Sesame Street Spaghetti Space Chase. Sejujurnya, Dina bukan peminat Sesame Street tapi Dina tidak dapat menafikan yang Cookies Monster comel. Dina akan ceritakan secara ringkas sahaja apa yang ada dalam Sesame Street Spaghetti Space Chase ini agar awak dapat sedikit gambaran.

Dina perlu menaiki satu kapal angkasa yang mempunyai satu skrin. Elmo akan muncul di skrin dan menerangkan situasi kita dalam tu. Kapasiti untuk satu kapal angkasa tersebut ialah empat orang. Kapal angkasa tersebut akan bergerak mengikut trek yang disediakan. Setiap pergerakan mempunyai berlainan patung dan situasi. Di sana Dina dapat jumpa semua karakter Sesame Street! Bukan kanak-kanak sahaja yang teruja dalam tu, orang dewasa pun akan terikut sekali.

Aktiviti yang kedua Dina buat ialah Lights, Camera and Action! Hosted by Steven Spielberg. Ini salah satu kegemaran Dina kerana Dina dapat rasa bagaimana penetapan studio yang sebenar. Sebelum masuk, kena baca amaran yang tertera di papan dulu ya. Disebabkan Dina mempunyai tiket Express Lane, Dina dapat berada dibahagian paling hadapan pentas! Situasi yang diberi ialah ribut yang melanda di bandar New York. Bahagian yang paling Dina suka ialah di mana bangunan yang Dina duduk itu roboh dilanda ribut. Walaupun kena tunggu 20 minit sebelum dibenarkan masuk ke dalam, ianya sangat berbaloi.


Di New York juga ada persembahan istimewa oleh Marilyn Monroe. Tapi hanya ada pada waktu tertentu sahaja. Dina malas nak buang masa tunggu, maka Dina teruskan perjalanan ke Sci-Fi City. Aktiviti yang paling Dina suka sepanjang di Universal Studios Singapore ini ialah TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle! Kesan sampingan dia pening dan mual selepas naiki permainan ini tapi berbaloi.

Di Sci-Fi City, ada tiga lagi aktiviti yang menarik seperti Battlestar Galactica: HUMANroller coaster ], Battlestar Galactica: CYLONroller coaster ] dan Accelerator.


Kemudian Dina berjalan ke Ancient City. Di sini, Dina tak buat apa-apa aktiviti sebab Treasure Hunters tidak ada Express Lane. Kalau nak beratur panjang pula, risau tak sempat nak habiskan yang lain. Satu lagi, Revenge of The Mummyroller coaster ] nampak tidak menarik. Maka Dina terus berjalan ke The Lost World.

Kalau awak terasa lapar, di Ancient City ada restoran Halal yang diluluskan oleh Singapura. Pastikan ada logo Halal baru makan ya. Tidak semua makanan dalam taman tema ini halal.



Di The Lost World pula, Dina ada cuba Jurassic Park Rapids Adventure. Dekat sini, Dina perlu naik rakit dan lalu kawasan air deras yang dipenuhi Dinosaur. Satu rakit, sembilan orang. Masa Dina nak naik, semua orang dah penuhkan tempat duduk yang kering. Tinggal yang basah sahaja untuk Dina. Dina dah risau kalau basah sebab kebanyakan orang yang keluar semua basah lencun. Dengan tak bawa baju lebihnya. Dina pula kedekut, tak nak bazirkan S$5 hanya untuk baju hujan yang nipis. Maka, Dina duduk sahaja dalam keadaan yang pasrah. Setiap kali air masuk rakit, Dina akan angkat kaki khuatir kasut rosak. Baju basah tidak mengapa, tapi jangan kasut yang rosak. Bila sampai satu bahagian yang memang semua orang sepatutnya basah, tapi Dina tak basah. Sebab air lebih dibahagian orang hadapan Dina. Masa itu Tuhan sahaja lah yang  tahu apa perasaan Dina. Gembira yang amat. Sebab Dina tak perlu keluarkan duit bayar tempat keringkan badan pula.

Selain itu, Dina ada naik Dino-Soarin. Ini lebih kurang macam Merry-Go-Round, tapi yang bezanya Dino-Soarin ini boleh naik tinggi dengan tekan satu butang. Macam mainan budak-budak tapi Dina rasa comel okay naik benda ini. Maafkan saya.


Sementara nak tunggu WaterWorld, Dina berjalan ke Far Far Away. Siapa dekat sini minat Shrek? Kita geng! Dina sudah semestinya gembira bila nampak Puss in a boots dan Shrek sampai tahap terlompat-lompat. Dina lagi teruja bila nampak restoran tema Shrek dan ianya halal! Dina ada beli Shrek Waffle dengan harga S$7 dan kopi S$4 satu cawan.



Shrek Waffle tu sedap! Tidak pasti sebab masa tu memang kebulur ke apa tapi sedap. Muka Shrek tu rasa pandan. Tekstur waffle itu pula sempurna kerana ianya rangup diluar dan lembut di dalam. Bagi Dina waffle memang sepatutnya rasa macam ni, bukannya liat atau terlalu lembut diluar. Ini pendapat Dina sahaja.


Bila kenyang dan hati pun senang, Dina terus ke Shrek 4-D Adventure. Untuk aktiviti ini, kalau penggemar Shrek mungkin suka. Sebab kita dapat tengok cerita Shrek dalam 4-D. Seterusnya Dina naik, Enchanted Airways [ roller coaster ] dan Puss In a Boots' Giant Journey.



Dekat sini, awak boleh jumpa Shrek dan puteri Fiona di rumah Shrek! Tipu kalau Dina cakap Dina tak teruja tengok Shrek dan puteri Fiona depan mata. Ya Dina tahu itu cuma maskot bla bla.

But, it's Shrek and Princess Fiona! C'mon.


Kemudian, Dina kembali ke WaterWorld di The Lost World. Sebab WaterWorld cuma dibuka pada waktu tertentu sahaja. Dekat sini tak ada Express Lane, maka Dina gerak awal dan beratur. Datang awal beberapa minit pun orang dah ramai beratur.

Kalau awak nak tahu, WaterWorld ialah satu persembahan oleh stunt men/woman. Kalau awak minat nak tengok aksi terjun, tembak-menembak, bom dan sebagainya, WaterWorld memang sesuai untuk awak.


Bahagian yang terakhir ialah Madagascar. Dina tak minat sangat Madagascar tapi Madagascar: A Crate Adventure seronok dan comel. Dina suka benda comel. Disini, Dina kena naik satu bot dan bergerak ke dalam gua. Dalam tu ada beberapa adegan yang dikenali dalam cerita Madagascar. Rasa macam kita dalam cerita tu.

Turun sahaja daripada bot, Dina lapar terus beli Slushy dan Churros. Churros dia biasa sahaja, tapi panjang. Dina beli Slushy Mangga. Boleh tahan.

Maka, berakhir sudah aktiviti Dina sepanjang di Universal Studios Singapore. Untuk pengetahuan awak, ya benar Dina ada pas Express Lane sebab Dina risau tak dapat habiskan semua aktiviti dalam satu hari. Nak datang balik bukannya dekat. Di mana boleh dapatkan tiket? Klook sekarang tengah buat promosi. Klik @Klook, jika awak nak beli tiket. Awak juga boleh dapatkan 15% diskaun lagi dengan masukkan kod " SHOPFESTFIRSTMY ". Kod ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Klook yang baru sahaja dan tidak semestinya hanya untuk Universal Studios. Kalau awak nak guna kod tu untuk tiket ke tempat lain pun boleh dengan syarat awak pengguna baru. Pas Express Lane boleh dibeli secara walk-in di Universal Studio Singapore.

Terima Kasih x
8 Sentosa Gateway, Singapore 098269

3 comments