Adelaide, Australia pt. I


Assalamualaikum dan hai,
Buat julung kalinya Dina nak buat post tentang travel! Insyaallah, jika ada rezeki lebih Dina akan terus menerus menulis tentang tempat yang Dina pernah melancong.

Sebenarnya sudah lama berniat hendak cerita tentang Raya Aidil Fitri pada tahun ini. Agak lain daripada tahun-tahun yang sebelumnya, kerana Dina sekeluarga beraya di Australia bersama sepupu. Dina berlepas pada 16 Jun 2018; 1030 malam (waktu Malaysia) dan tiba pada 17 Jun 2018; 0830 pagi (waktu Adelaide).
Kalau pergi Adelaide, benda pertama yang kami sekeluarga suka buat ialah beli barang dapur. Jika awak tertanya-tanya, ya kami sentiasa pastikan yang halal. Pergi sana rugi kalau tak rasa makanan atau minuman yang tak boleh jumpa dekat Malaysia. Kami juga lebih suka kan makanan yang dimasak, sekurangnya kita boleh pastikan segala bahan yang digunakan halal.


Selepas beli barang dapur, kami ke Harbour Town untuk membeli-belah sebab tengah ada promosi sempena musim salju. Bila sejuk-sejuk ni, mesti teringin minuman yang hangat. Kami sempat singgah The Coffee Club untuk cuba coklat panas. Clown cookies dan muffin situ, sedap. Sampai ke Malaysia teringat-ingat.


Disebabkan penat tidak dapat tidur dengan selesa sepanjang penerbangan, maka Dina tewas dan tidur sehingga malam. Oh, memandangkan ianya tengah musim salju, pukul 5 petang dah gelap. Banyak kedai yang sudah pun tutup.

Keesokannya (18 Jun 2018), kami pergi melawat bandar Glenelg. Dina suka tengok pemandangan di sana. Jadi kami berjalan hingga ke tengah laut melalui laluan yang disediakan. Indah sungguh ciptaan-Nya. Dekat sini, Dina dapat melihat langit dan laut yang terbentang luas. Air laut pun jernih. Boleh nampak setiap kehidupan laut yang ada di sana. Kalau tidak silap, boleh memancing ye di sini. Tapi kena pastikan hasil tangkapan awak mengikut ukuran yang dibenarkan sahaja. Jika tidak, terpaksa dilepaskan semula atau awak boleh disaman.


Lagi jauh kita berjalan ke tengah, lagi sejuk. Pakai baju tebal pun masih sejuk. Selain itu, bangunan yang ada di situ juga sangat klasik. Dina pun tidak pasti, jika setiap bangunan di sana mempunyai sejarah tersendiri ataupun tidak.


Dina memang senang jatuh hati dengan bangunan yang klasik. Siapa yang minat OOTD dengan latar belakang bangunan atau dinding yang unik. Inilah tempat awak.


Sepanjang Dina dekat bandar Glenelg, Dina berjalan kaki atau menaiki Trams. Sebab bandar Glenelg ini kecil sahaja. Pusing-pusing situ balik. Trams pula percuma dari tempat penginapan Dina ke bandar Glenelg.

Tempat seterusnya ialah Cleland Wildlife Park. Awak, rugi ya dah terbang ke Australia tapi tak pergi jumpa kangaroo, wallaby dan koala.


Jika awak tertanya, "Eh Dina, you tak pegang koala ke?"
Untuk pengetahuan awak, ini bukan kali pertama Dina jejakkan kaki di Adelaide. Dina pernah dukung koala sebelum ini. Cuma tak sempat pegang kangaroo. Kiranya kali ini Dina hanya nak memenuhkan rasa mengidam nak pegang kangaroo dan jimatkan masa untuk melawat tempat lain. Jangan risau, ada gambar untuk awak tengok.


Siapa yang memang teringin nak dukung koala, dekat sini boleh. Cuma kena beratur dan ada waktu yang tertentu sahaja. Mungkin awak boleh google dulu sebelum pergi? Dekat sini bukan sekadar ada koala dan kangaroo. Binatang lain pun ada.



Setakat ini, tiada lagi sesi kejar-mengejar dengan mana-mana binatang dekat situ kecuali cuak bila kangaroo cuba menghampiri Dina. Tidak perlu risau kalau nak bawa anak kecil. Bahagian yang paling menarik, kita boleh bagi makan dan sentuh semua binatang di sana! 


Sepanjang dekat sana, kita perlu beri perhatian pada setiap papan tanda yang ada pada pagar sebelum masuk. Untuk keselamatan kita bersama juga ye. Nak pegang kangaroo pun ada cara tertentu. 

Macam biasa, bila waktu sejuk macam ni kita mesti teringin kopi panas ataupun coklat panas bukan? Ya betul, tekaan awak. Dina pergi cari coklat panas lagi. Dekat Cleland Wildlife Park ada kafe ye untuk pengetahuan awak.  Muffin dekat situ sedap okay. Tak tipu. Dina macam biasa, beli Clown Cookies lagi. Maaf, sis obsess dengan biskut ini. Biskut dekat subway pun kalah okay.


Pada 19 Jun 2018, kami berjalan sekitar Port Adelaide. Masa ini Dina teringin nak makan Fish & Chips. Teringat Fish & Chips masa dekat Melbourne dulu. Maka kami mulakan operasi mencari restoran yang menjual Fish & Chips yang halal. Sayangnya tak jumpa. Sebab minyak yang digunakan oleh kebanyakan restoran di situ daripada lemak binatang. 

Orang kata setiap kedukaan bakal digantikan dengan kebahagiaan suatu masa akan datang. Betul? Ye, Dina setuju kerana Dina jumpa kopi ais yang sedap sangat! Terus rasa bahagia. Kalau awak tahu dekat mana boleh cari kopi ini dalam Malaysia, bagitahu Dina tau. 

Mesti awak macam,"Dina ni tak habis-habis makan je kerja." 
Sorry, food is bae.


Untuk pengetahuan awak, dekat Port Adelaide ada Dolphin Explorer. Kita boleh merasa naik Cruise dan sambil tu tengok dolphin. Untuk yang ini agak sedikit mahal harganya. Dina ada sediakan link dekat pengakhir post ini. Awak boleh tengok sendiri nanti dan mungkin boleh mula simpan duit? Dina ni sejenis yang tidak reti nak google dulu sebelum merayap, maaf ye. Sayangnya, masa Dina pergi tu Dolphin Explorer ni sudah pun tutup. Tak dapat lah nak merasa. Maka, Dina banyak habiskan masa dengan bergambar dan menikmati keindahan sepanjang Dina di sana.  



Hari yang seterusnya pula, 20 Jun 2018, Dina menaiki StreamRanger Heritage Railway di Victor Harbor ke Goolwa. Dina tidak ingat harga tiket untuk kereta api ini, tapi rasanya tidak begitu mahal. Mungkin awak boleh cuba google?


Masa naik kereta api ini, terasa juga lah aura ala ala cerita Lone Ranger. Dina pergi masa tiada orang. Maka tempat duduk pun, Dina boleh pindah pindah sesuka hati. 


Walaupun tiket dia tidak begitu mahal, bagi Dina yang mahal adalah pemandangan sepanjang perjalanan di dalam kereta api tersebut. Kita dapat melihat ladang, langit dan laut yang terbentang luas. Jika bernasib baik, awak boleh nampak llama, dolphin dan ikan paus! 


Tiba sahaja di Goolwa, kami terus ke River Port of Goolwa. Di sini, awak boleh lihat kapal dan muzium seni. Tiada apa yang menarik sangat pun di sini. Tetapi, ianya tempat yang lawa untuk OOTD!



Selepas pulang ke Victor Harbor, kami terus ke Granite Island. Ini salah satu tempat kegemaran Dina. Granite Island ini adalah sebuah pulau kecil yang berada di Victor Harbour yang dijadikan sebagai salah satu taman rekreasi. Apa yang menarik di sini? Awak boleh menaiki Horse Trams ke pulau tersebut atau berjalan kaki melalui laluan yang disediakan. Ya betul! Kita melintasi laut ke pulau tersebut melalui jambatan yang disediakan. 


Angin sepoi-sepoi, burung berkicauan dan diiringi dengan bunyi ombak. Sungguh menyamankan. Orang pun tidak begitu ramai ketika itu. Segala kekusutan yang berada di minda juga mampu hilang buat seketika. Granite Island memang sesuai menjadi salah satu tempat untuk larikan diri dari kesibukan ataupun masalah yang dihadapi buat sementara waktu. Disana, bangku semua telah disediakan. Boleh duduk layan perasaan dengan pemandangan laut. 

Oh, kalau pergi pada musim ikan paus. Awak boleh nampak ikan paus dari puncak Granite Island ni! 



Granite Island akan jadi salah satu tempat yang Dina ingin kunjungi lagi. Mungkin empat tahun yang akan datang atau bersama future husband? Gatal ye kau Dina. 

Langit semakin gelap. Seperti yang Dina katakan sebentar tadi, pukul 5 petang di sana langit sudah gelap seperti 7 petang waktu Malaysia. Ketika hendak pulang ke tempat penginapan, langit menjadi begitu indah sekali. Dina jatuh hati dengan warnanya. 



Itu sahaja untuk post kali ini. Jika ada rezeki nanti, Dina akan post lagi Adelaide, Australia pt. II. 

Gambar di atas adalah hak milik Dina sepenuhnya. Tidak diambil daripada mana-mana pihak ketiga. Dina ada sediakan link untuk awak tengok kalau berminat. Dina juga tak di sponsor atau pergi dengan mana-mana agensi pelancongan. 


Links:

Shopping       - @HarbourTown
Wildlife Park - @ClelandWildlifePark
Dolphin Explorer - @DolphinExplorer
StreamRanger Heritage Railway - @StreamRanger



Terima kasih x

7 comments

  1. cantiknya gambar! guna camera apa & edit guna app apa? follow awak hihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you babe! Dina guna camera DSLR D3200 dan edit guna VSCO.

      Delete
  2. omg lawanya dina..gambar2 punnn cantik sgt. baru nk tnya guna camera n edit guna apa..nasib baca komen hahaha..
    salam perkenalan dina...done follow u... jemput singgah blog sis yer

    ReplyDelete
  3. Seriously lawa.. gambar-gambar tu buat sha rasa macam nak ke Australia juga..

    ReplyDelete