Crxve


Assalamualaikum dan hai,
Crxve secara rasminya telah masuk @Lazada dan @Shopee. Now, I'm a proud mama! Crxve ada keluarkan koleksi baru iaitu THE BASIC. Koleksi THE BASIC terbahagi kepada dua iaitu Satin Silk Shawl dan juga Cotton Square Scarf.

Dina agak memilih dalam bab tudung ni. Dina cepat rimas kalau tudung tu licin sangat sampai kena betulkan setiap masa. Dina pun tak suka material yang hari-hari nak kena "bad hijab day". Untuk koleksi kali ini, Dina cari material tudung dengan penuh kasih sayang sebab Dina pun guna.

Satin Silk Shawl yang mudah digosok dan juga dibentuk. Sesuai digayakan untuk pelbagai majlis atau waktu santai. Nak pergi pasar pakai ni pun boleh. Belit-belit siap.


Satin Silk Shawl datang dalam 6 jenis warna yang mampu menawan hati awak. Dina suka Satin Silk Shawl ini sebab material dia yang tak licin. Nampak licin, tapi bila dah letak atas kepala tu. Memang terletak elok. Tak perlu risau masa makan terlucut tudung.

Manakala Cotton Square Scarf  pula, datang dengan 17 jenis warna! Dina kalau pergi kelas memang berkenan pakai bawal je. Sebab senang. Bawal ini juga datang dengan batu Swarovski tau. Cantik.


Maaf Dina tak ada contoh berlian dekat belakang tudung Cotton Square Scarf ni. Awak boleh tengok contoh dekat instagram @Crxve.kl . Material dia pun tak panas. Seronok je pakai. 

Kalau ada yang berkenan, boleh lah beli guna kod "CRXVED8" untuk dapatkan RM8 diskaun di @Lazada dan @Shopee khas buat pembaca blog Dina!



Links:
Lazadahttps://www.lazada.com.my/shop/crxve/
Shopeehttps://shopee.com.my/crxve
Instagramhttps://www.instagram.com/crxve.kl/

Terima Kasih x

2 comments

  1. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Wow tahniah Dina mamam doakan terus berjaya

    ReplyDelete