Aquaria KLCC bersama Klook


Assalamualaikum dan hai semua,
Post kali ini tentang melawat Aquaria KLCC dengan menggunakan Klook! Bagi sesiapa yang tidak tahu Klook adalah laman sesawang yang memudahkan kita membeli sebarang tiket aktiviti di kebanyakan negara termasuk Malaysia dengan harga yang murah.

Ini kali pertama Dina menggunakan Klook untuk membeli tiket Aquaria KLCC. Mula-mula tu sedikit gementar takut kena tipu ke apa. Sebab harga pun murah sangat. Kalau belum ada akaun Klook, awak boleh buat dekat @Klook  dan awak boleh guna kod "6Q7Y9" untuk diskaun sebanyak RM13.20, untuk pembelian melebihi RM53.

Ini bukan kali pertama Dina ke Aquaria sebenarnya. Tapi ianya sangat menarik jika bawa anak-anak atau jalan-jalan bersama pasangan dan keluarga untuk melihat hidupan laut. 


Siapa yang belum pernah pergi tu, boleh jadikan ini sebagai salah satu tempat yang patut dilawati. Kadangkala, kita tidak tahu apa yang ada dalam laut bukan? Mungkin awak dapat belajar sesuatu yang baru di sini. 


Sekiranya awak tengah tengok gambar hidupan laut ini dan terbayangkan hidangan di hadapan awak, maka, ketahuilah awak tidak keseorangan. Dina pun sudah terbayang pelbagai hidangan laut yang sedap. 



Di Aquaria KLCC bukan sahaja kita boleh melihat akan tetapi kita juga boleh sentuh beberapa hidupan laut seperti ikan, tapak sulaiman dan sebagainya. Dina cuak nak sentuh, maka Dina lihat dari jauh sahaja. 

Jika awak bernasib baik, awak akan dapat melihat sesi beri makan kepada ikan yu, ikan pari dan pelbagai lagi hidupan laut atau mungkin awak boleh lihat dulu jadual sebelum pergi.


Bahagian yang Dina paling suka tengok di sana ialah batu karang dan obor-obor. Dina kagum akan warna dan bentuk setiap batu karang di dalam laut. Walaupun sakit kalau terpijak. Tapi cantik! Obor-obor pula hidupan laut yang paling unik bagi Dina. Obor-obor tiada mata dan juga otak, tetapi sesungut dia penuh dengan bisa. Unik bukan?



Bagaimana nak menggunakan Klook? Mudah sahaja! Mula-mula tekan @Klook dan Sign Up. Dia akan beri beberapa pilihan untuk awak Sign Up


Selepas selesai Sign Up, awak cari destinasi yang awak nak pergi atau awak boleh tulis sahaja Kuala Lumpur di kotak pencarian tersebut. 

Pilih dan klik destinasi yang awak ingin pergi!




Kemudian, awak tekan butang Book. Pilih tarikh, berapa orang, waktu (jika perlu) dan juga pakej yang ditawarkan (jika perlu). 
Tekan Book Now.


Isi segala maklumat awak di ruang yang disediakan. Pastikan ianya sama seperti dalam kad pengenalan untuk elakkan sebarang kesulitan. Nanti nak menebus tiket di kaunter perlu tunjuk kad pengenalan. 


Jika awak mempunyai pembelian melebihi RM53, masukkan kod "6Q7Y9" untuk diskaun sebanyak RM13.20


Pilih cara pembayaran yang awak selesa dan klik pay now! Awak akan dibawa ke satu halaman lain. Ikut arahan yang diberi dan siap. Sekarang awak sudah boleh menghitung hari untuk pergi bercuti.


Terima Kasih x
Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

7 comments

  1. Teringin nak pergi Aquaria tapi tak tahulah bila nak ada rezeki sampai sini. Tapi hari tu ada juga tengok Klook dengan another one app kot kot harga tiket dia lagi murah dari walk in.

    ReplyDelete
  2. Menarik sekali tu..ada dekat2 kenapa nak pergi jauh..apapun hanya di Malaysia di KLCC bestnya jika dekat nak pergi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, ada lah rezeki tu pergi ke situ.

      Delete
  3. Tak pernah lagi ke Aquaria. Teringin tengok hidupan laut di sana sebab nampak macam menarik je bila tengok gambar-gambar kat atas.

    ReplyDelete
  4. Xpenah lg guna klook bolehlah Cuba nanti

    ReplyDelete
  5. Pernah 2 kali g Aquaria ni. Murah jugak tiket online ya.

    ReplyDelete